HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

sejarah terjatuhnya iman dani dari katil

hari ni adalah hari bersenang lenang sebab esok sudah cuti.wah gumbira hati ku..penat sangat rasa nya 2 minggu ni sibuk tak hengat.


ok mari straight to the point...kita cite pasal dani dan katil. sebenarnya, dani da pandai turun katil sendiri. of cos la mak dia ni ha orang paling gumbira. punya la duk meronta ronta dalam hati bila la anak bujang aku nak pandai turun katil sendiri. yelah, aku ni selalu jadi orang pertama yang sakit jantung kalo tengok si dani duk senang lenang golek2 atas katil.


kalo nak cakap pasal katil ni. sure hampir semua ibu pernah ada pengalam anak jatuh katil ni. dani pun da 3 kali jatuh katil..opsss jangan pulak ada yang nak melaser aku tak pandai jaga anak ok! memang la aku sebagai mak ni perlu disalahkan sebab cuai, tapi nak buat macamana, bukan aku yang golekkan anak aku sampai jatuh katil.


aku ingat lagi kali pertama, masa dani umur 4 bulan kot, masa tu dia da pandai golek2 kan badan. B masa tu tengah mandi, aku pulak tengah buat air. so biarkan dani atas katil, keliling kepung dengan bantal. aku tak expect dani punya guling tu sampai bole naik atas bantal. tu yang gedebuk jatuh. tapi rasa nya jatuh badan dulu. kali kedua aku tak ingat sangat time bila. tapi kali ketiga ni, memang aku akan ingat sampai mati. masa ni dani da pandai panjat2. dani time tu tido tengah. dani kalo bilik gelap dia x berani lasak2 sangat. tapi ntah macamana, lampu tido terbukak,maybe lupa tutup lepas abis buat susu. yang mak bapak dia keras tido, tak sedar anak tu panjat badan, terus tergolek. aku sedar2 terdengar dia nangis da. yang paling worse, mulut dani berdarah, kepala benjol. maybe sebab terhentak dekat button lampu tido.. aku rasa macam nak nangis kot! terus aku kerah B alih katil tepi dinding.


sebab tu la aku ni selalu berharap dani pandai turun katil sendiri. senang aku nak buat keja. bila 2 hari lepas tengok dia da pandai, aku happy sangat. tak perlu risau secara maksima lagi.




si bujang lasak selepas kena gunting rambut oleh mama nya~


4 comments:

Dayu said...

cha pun penah ajtuh katil smpai bibir berdarah..
cuak giler, masa ni kat kg
mmg rasa nak nangis
katil kat kg dia reti dah turun sendiri, mungkin sbb rendahs kit kot
yg kat umah ni.. tak caya lagi
sebab dia kadang2 macam tak sedar dia dah ujung katil

even dani dah reti trun sendiri
afni kena tgk2 gak tau
takut dia terjatuh sendiri

nanonano said...

adehh..
bab jatuh xtao nk ckp la sbb dah lali sgt ngn hero na tu,
mau dah berpuluh2 kali kot?
mintak2 xde cedera kat dlm, :)

afni+hafiz=dani said...

dayu: tu la..ni pun die macam x berapa kuat sgt kaki die nak menahan..risau gak kdg2

afni+hafiz=dani said...

na: hehe..xpe..malaikat sentiasa tlg baby2 ni