HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, April 17, 2011

milestone 9 bulan dani bersama saya

dani da besa *yippie* *yippie*








alhamdulillah, dani sayang da makin besa, sihat walafiat. sepanjang hampr 9 bulan dani hidup dengan mama n abah, kami rasa gembira sangat. ada jer keletah dani yang buat mama dengan abah gelak, ada jer perangai dani yang buat mama dengan abah ketap bibir tahan geram..haha



lebih kurang lagi 3 bulan jer anak mama nak masuk setahun. cepat nya masa berlalu. mama selalu imagine, sekarang dani banyak kerenah, nak dukung la, menjerit2 tak tentu pasal, nak mama baring sekali la.. tapi bila mama fikir balik, ini je lah masa nya mama nak bersama dengan dani, nanti dani da besa, sure tak nak mama peluk cium dani lagi T__T T__T




at this phase, dani da banyak mula absorb setiap cakap mama. mama nampak dani mudah imitate apa yang abah dengan mama buat. risau hati mama. selalu mama pesan pada abah, jaga laku, sebab dani da mula ikut apa yang kami buat. sekarang paling obvious, dani da faham bila mama suruh bye! bye! or *tepuk amai amai* ... kadang kadang mama saja test dani faham tak apa mama ajar, alhamdulillah sekali lagi dani faham, bila di suruh bye! bye!, tangan comel dani wave pada abah. bila mama nyanyi lagu *tepuk amai amai*, dani clap clap bersungguh2.



tapi dani ni malas sikit la nak pegang botol susu, bukan dani tak pandai. bila time berjaga, dani prefer mama yang pegang botol. bila time mama tido, dani pandai pulak amik botol susu kat tepi katil dan hisap sendiri. ayooo anak la anak. mama pun da nampak dani da ke arah hampir pandai berjalan, da handal bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan berpaut pada dinding or else. cepat jalan ok! tak larat mama nak dukung dani tiap2 hari naik tangga rumah kita. nanti kalo dani da pandai jalan, lancar sikit agenda shopping kita tanpa abah tapi bersama duit abah..haha



hari tu dani sibuk sebut mama mama, tapi sekarang cinta mu da beralih arah pada abah..sikit sikit abah, abah. paling kelakar, dani pantang dengar bunyi mama nak bukak grill pintu, dia sebuk menjenguk sambil sebut " ha! abah! abah!".. padahal mama nak pegi buang sampah jer. cett!



ok lah dani sayang, mama banyak keja. nanti mama cerita lagi milestone dani wokeh. ada masa mama akan google idea birthday bash dani xoxo - from mama 18/4/2011