HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, April 6, 2011

jum cite pasal hantu @~@

wah lama gila tak update. seriously banyak keja yang tahap tak hengat punya. plus idea pun ke laut.. tapi hari ni rasa cam best pulak nak cerita kisah2 yang agak seram sikit..


ni kes memang xde idea sangat dah ni..hehe. so shall we continue? ok cite dia dekat seremban. aku tak boleh la bagitau exact place tau. P&C. sebelum kami duduk kat seremban ni memang aku satu family merantau. sebab ayah aku ex-army. then, aku pun sampai sekarang tak paham kenapa ayah aku beli rumah kat seremban. macam aku mention sebelum ni, mak aku orang kg. cheras baru, ayah aku pulak kuala selangor. so nampak kan macam xde kena mengena? ish..ishh.. bak kata ayah aku, dia beli rumah ni as a backup sebab masa tu kecoh yang army akan ditugaskan ke Bosnia, dan tak berapa tahun lepas tu ayah aku kena fly ke Australia. tu la sebab-sebab nya.. but why seremban? hahaha..gwe serius dont know, dont care!


da da start melalut ni..meh start cite antu. actually rumah yang kitorang duduk tu rumah semi-D. ayah aku tak renovate apa2 lagi, so belakang dan tepi rumah memang luas lagi. belakang rumah kitorang ada 2 rumah kosong. which is rumah2 tu jarang penyewa akan duduk dengan lama. paling lama 3 bulan jer.so masa mula2 pindah, aku duduk bilik tengah, plus aku ni anak perempuan sorang, xde la share dengan sape2. sepanjang aku tido dalam bilik tu, aku selalu mimpi yang bilik belakang ada hantu la apa..


sampai la ada satu masa tu, adik aku yang bongsu umur 2 tahun, selalu menjerit melolong tak tentu pasal. bawak pegi jumpa ustaz. confirm ada benda kat umah tu. kata ustaz tu, dulu kawasan rumah tu adalah estet. then ada pompuan mengandung kena rogol n bunuh. so rumah aku tu kawasan laluan dia la..so dalam dia lalu2 tu, saja la nak usik2 adik aku..hehe


then tak camne aku boleh terpindah bilik belakang. one day balik dari asrama, aku ajak kawan2 tido rumah, masa tu bilik aku ada 2 katil single. 1 katil mengadap pintu, satu katil tepi tingkap. fyi, aku dulu penggila pelbagai jenis bear. so belambak la bear. dalam pada kitorang tido tu kawan aku boleh macam kena histeria pulak sebab dia nampak ada lembaga tergantung kat pintu. mulut dia fail nk baca surah apa2. yang aku pulak hantu boleh main susun bear2 berkenaan sebelah aku. bukan main cantik dia susun. aku da seram. esok nya suruh mak aku simpan semua bear.


cite tak habis di situ, kan aku cakap rumah belakang tu tak pernah kekal penyewa nya. so ada satu malam mak aku suruh sidai kain. aku pulak memang da tak sedap hati. nak tak nak sidai jugak. selesai aku hanger semua baju, aku pun nak susun la baju2 tu elok2 kat penyidai. dalam tengah susun tu, sekali hamikkk.. tepat cik ponti mengadap aku wei!! dia duk kat pintu dapur rumah belakang. kira aku dengan dia sebaris la. dia mengadap aku, aku mengadap dia. yang tak boleh blah, kaki aku keras weh, tak boleh berlari pun. aku nak atur langkah masuk pintu dapur memang slow giler...benda tu still pandang aku !!


then ada lagi satu hal, bila mana mak aku suruh pergi rumah pekerja dia, which is area taman tu jugak. aku pun drive la sorang. area pukul 12 kalo tak silap. then ada bumper, of cos masa kat bumper kita akan break skit kan? yang tak boleh blah dan2 cik ponti nak jalan depan aku.. aku rasa macam gelap gulita da. nk jerit pun tak terkeluar da..


tapi ikut kata abang aku, dia biasa je kena himpap kat rumah tu. tapi dia senyap kan aje. malas nak kecoh2. or else kawasan taman tu dengar nya memang sangat terkenal dengan cik ponti ni. sebab dulu tanah estet kan, mungkin ada berlaku kejadian pelik2..


sampai la kitorang nak pindah balik kl, dalam duk packing 2 tu, aku dengan adk aku sempat duk kat depan garaj time senja pulak tu. berdesup nmpak benda tu lalu...haihh tak tau la apa cite penyewa rumah ayah aku tu. diorang tak rasa pape ke eh?ish ish

12 comments:

sharEna said...

perghh..hebat jugak cite hantu nie ehhh...

kite x pernah lg nmpk real punye. sipi2 ade la kot. hehe..xmo la nmpk. takottt =p

nanonano said...

haha na pun xpenah kene real
mintak dijauhkan
xdpt nk bayangkan cmne keadaan time tu
huhu

afni+hafiz=dani said...

sharena: hahaha..hebat? afni sampai mengigil masa nak type, duk teringat jer.

afni pun da beberapa kali nmpak. syukur xde sampai histeria ke apa

afni+hafiz=dani said...

na: perasaan time tu akan jadi blank..hehe..nak nangis pun x bole. kalo pengsan pun lagi elok..hehe

~daRLee ZuRiS~ said...

ok.malam nie malam jumaat ye.
huhuu

afni+hafiz=dani said...

zuris: haha..tau! jeng jeng jeng

Mrs Nageb said...

I penakoot...so,entry u i tak habis bace....hahahahaha..dah jadi mak orang pun takoot :)

madam kheyr hameed said...

uwaaaa...u teruk. citer hantu pengalaman sendiri. eee...tak boleh blah ms part jemur baju tu. helpppp!

eee..apa perasaan u ek? kalau me..tobat la nk dok sorang.

afni+hafiz=dani said...

mrs nageb: hahaha..ni pun tak berapa takut sangat. sebab half way cam xde mood sgt nk cite..hehe

afni+hafiz=dani said...

mrs zach: haha..perasaan? waaa jgn ckp la. ni pun x bape sedap nk cite. sebab xtau macamana nak ellaborate cite dgn baik. pdhal lagi seram tau..

KAK RAINBOW said...

wahhh afni cete hantu ke dah lah ari tu kat rumah ada dengar bunyi pelik seramlah

afni+hafiz=dani said...

nurul: haha..sebab skang tgh hot sana sini cite pasal hantu..meh up satu cite hantu..haha