HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, March 9, 2011

mari berbicara perihal si anonymous

tiba-tiba aku tergerak nak buat entry pasal si anonymous aka cik anon ni. aku admit kadang2 aku ok dengan kehadiran ck anon ni, kadang2 hati panas pun ada. tapi most of the time, aku banyak ignore je, melainkan komen para cik anon ni memberangsangkan.

sebagai contoh mengenai entry trigger finger, ada beberapa komen dari cik anon yang bercerita perihal anak mereka pun sama2 kena trigger finger. so aku amat menyambut baik bila boleh sama2 share masalah yang kita hadapi. buat masa ni cik anon yang masuk dalam page aku masih di bawah limit kesabaran aku. dalam erti kata lain, " tak lut" la aku dengan komen2 diorang ni. just mintak maaf la kalo aku x reply komen cik anon sebab rasa x selesa pulak bercakap dengan orang yang kita x tau dari mana muncul nya.

bagi aku mudah je, mungkin cik anon ni xde blog, tapi dia berminat nak kongsi pendapat bila dia baca sesuatu entry. tapi alangkah baik kalo kenal2 kan la diri, kita pun seronok nak sama share pendapat. ala macam ko datang umah orang x bertabik langsung, agak2 tuan rumah nak ajak x ko masuk umah? haa macam tu la konsep dia~~

cik anon ni aku suka nak classified mereka pada 3 kategori:

- cik anon berniat baik dan komen secara baik
- cik anon yang baik tapi suka komen sesuka hati tanpa pikir perasaan orang
- cik anon yang memang berhati busuk, xde keja, dan komen macam dia pandai sangat

haha..pandai2 aku kategorikan orang. dalam banyak2 ni, of cos aku prefer dengan cik anon yang berniat baik dan komen secara baik.

tapi aku hangin dengan cik anon yang baik tapi suka komen sesuka hati tanpa pikir perasaan orang. alhamdulillah setakat hari ni, aku x pernah lagi kena dengan cik anon kategori ni. tapi aku tergerak nak cakap pasal diorang ni, bila baru2 ni aku baca blog mama putry isha dengan blog mama rayyan (sekadar menyebut beberapa nama..), ye mungkin cik anon ni berniat baik dan sekadar ingin menegur. tapi bukan ke cik anon boleh buat dengan cara baik, x payah la menegur perbuatan kita seperti cik anon ni bibik di rumah yang nampak semua perbuatan luar dalam kain kita. satu lagi cik anon kategori ni, mula2 je dia baik menegur sesuatu perkara yang dia x senangi, tapi bila di balas pulak oleh si tuan punya blog dalam nada yang x senang. cik anon ni plak yang naik hantu, makin menjadi2 komen dia sampai panjang lebar. pada cik anon kategori ni, x payah la terlalu busy body hal orang lain, kalo dengan niat nak membaca, baca je la..kalo x suka pun, pendam kan aje.

kategori terakhir ni yang aku tahap nak gelak guling2 bila tengok. kategori nya adalah..cik anon yang berhati busuk, xde keja, dan komen macam dia pandai sangat aka pendengki. hahahaha.. aku cukup x paham la cik anon jenis ni. agak nya dia x bersyukur dengan apa dia ada kot, so dia rasa apa orang ada, dia mesti ada jugak! aku teringat komen cik anon di blog sis lynna dan beberapa blog lain. pelik la cik anon ni, x baik la dengki ke apa ke, kalo ko curious pun, senyap2 sudey..x payah nak berlaku berani dengan menanya secara tepat macam ko hala m-16 kat tuan punya blog. cik anon ni bukan apa, diorang tau yang identiti diorang invisible, so kita x detect diorang tu sape, tu yang bukan main lancang berkata2. bagi aku cik anon kategori ni memang jenis x pandai duduk diam, ada je benda dia nak attack. lepas ni insaf2 la, kalo ko tahap xde keja yang maksimum pun, ni haa AF 9 da nak start, so ko attack/kutuk la pelajar2 AF sesuka hati 24 jam ok?

ok la, aku malas nak buat dosa free pagi2 ni. btw, para mama tolong aku cadangkan krim apa yang sesuai nak ilangkan parut gigitan nyamuk or insect pada baby?

kesian hero ku abg dani..auww

parut ni da 3 bulan kot x hilang2..

17 comments:

nanonano said...

adoi,
tgk merah2 tu pun dah tao gatai,
na biase beli kat farmasi,
nama krim tu ELOMET,
ke ape ntah, yg pasti name blkg ade MET MET gtu..heheh
krim tu sesuai tuk baby,
dos xkuat org tu ckp,
tenyeh2 kejap je sure ilang merah2 tu,
n xtggl parut...
ksian kan klu tgk bebudak ni kene geget,
dia nk garu xpndai lg,
ngadu apetah lg..huhu

afni+hafiz=dani said...

nanonano : tu la kesian die. rasa bukan nyamuk, takut hama ke apa.. ok, nnt afni try carik, risau tgk x ilang2 parut tu.

Anonymous said...

siapa lah cik anon tu???? jgn lah marah.. anak awk kene gigit semut tak?

afni+hafiz=dani said...

Anonymous : haha. kalo cik anon baik, saya suka =) x sure la. ramai ckp maybe semut.

mun said...

eh..mirza pon kalau kene gigit berbekas tau..tinggl parut..huhuh..rasanya bukan nyamuk tapi hama kot...ELOMET eik..mun nak carik jugak arr....

psttt...anon tue memang suka menyibuk hal orang..hahahhar....

afni+hafiz=dani said...

mun : tu la kan mun? jadi risau tgk tinggal parut itam. da la budak2 ni jenis mudah kena gigit, x lawa jadi nye..hehe

hahahaha..tau xpe mun..

Anonymous said...

kite tumpang comment je... maklum lah takde blog sendiri :)

sharEna said...

kalo hama kene beli ubat scabies la kot. bahaya ohh sbb dia mmg gatal2 giler. pastu nnti merebak susah oo. kene rendam cadar & baju seme dlm air panas bg hama mati. jemur bantal2 masa panas terik.

bahaya. bahaya...

klu semut jer, ape kata try dead sea soap. naurah tgh guna skrg utk hilangkan parut alahan dia tu. so far so good =)

mamaelly said...

erm afni..thanx wat entry nie..

elly dah mula dengan dunia blogging ni tahun 2008 lagi... dah lali sangat ngan enon enon nie... dah macam2 kena..kategori yang afni cakap tu semua elly dah kena..tapi yang selalu kena yang no 3.. yang no 2 tu sejak2 nie la baru kena..

macam kes isya masuk wad aritu..

dia nak pertikai cara isya pakai..cara isya makan..cara isya itu ini... seolah2 cara dia bagus sangat.. ye betul dia nasihat..cuma cara dia tu.. masa tu memang elly rasa kalau dia depan elly dah gaduh kot..hihihi

ntah la..

ape yang dorang dapat dengan buat macam tu pun tak tau la kan afni..

hihi

isya elly letak mopiko je..hihihi hilang

afni+hafiz=dani said...

sharEna : maybe semut kot. kalo hama, sure afni pun kena gatal2. susah kan bila ada baby kat umah, kena pastikan semua bersih =(

afni+hafiz=dani said...

mamaelly : btoi tu elly. afni mun geram dgn cik anon yg komen kat page elly tu. rasa mcm sama2 nak ajak elly lempang kan..haha

ouh mopiko, cane la afni bole lupa mopiko pun bagus kan.

NURUL JAMIAN said...

nurul baru kesempatan nak masuk tgk blog afni sebab selalu lupa je bila time blog walking nurul keja busy sikit sejak dua menjak ni.


pasal anon tu kan pernah gak dulu serang kat chat box yang nurul letak kat side bar di blog nurul dulu pastu nurul dah geram nurul buang je chat box tu. kalau komen memberangsangkan ok lah kan? ni kdg2 main nak hentam je.

Dayu said...

eisya pun selalu berbekas kalau kena gigit nyamuk
kaki dia dah tak cun dh tgk
kesian lak
tp cha banyak allergic ubat la
kalau sapu lg berbekas

selalu biarkan je lah, tak pun vicks je

elomet is fine

afni+hafiz=dani said...

NURUL JAMIAN : hai nurul =) afni mmg suka blogwalking page nurul dari belum kawin lagi. bes..hehe

tu la cik anon ni ada macam2 perangai, kdg2 x selesa tgk kelantangan diorang ni..

afni+hafiz=dani said...

Dayu : tu la..masa die mula2 lahir dulu, elok pulak cepat ilang. skang makin susah pulak. ni kes blk kg aritu la..tu yg brbintat2..hehe

vicks afni baru try mlm td, nnt nk try elomet pulak since ramai ckp ok =)

Suhaila Mohd Nasir said...

Assalamualaikum,
Ank pun selalu kena geget, so nk share le sikit kan, cuba sapu kapur makan...org ckp sejuk sikit tmpat yg kena geget tuh..kalau bengkak sbb kena geget leh le surut balik...murah + ada gak le result dia..kulit bb cepat baik.

afni+hafiz=dani said...

Waalaikumsalam suhaila =)
ouh gud idea, nanti afni try. susah ati tgk kulit dia jd parut tu