HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, February 7, 2011

pointless yang secara tiba-tiba jadi useful..apakah?

hari ni macam xde modal sangat nak share apa. actually post untuk kesinambungan trigger finger tu dah berapa hari asyik tertangguh, aku yakin ramai yang nak tengok sangat peralatan yang di gunakan untuk pesakit trigger finger. tapi aku manjang x sempat je nak share. balik rumah, sibuk nak kemas rumah la, masak la..tapi aku janji, dalam minggu ni aku pasti akan share further pasal trigger finger..(tiba2 rasa takut kalau hanya janji manis bagai menanam tebu di tepi bibir~~erk!)

ok, yang pasti aku sekarang tengah pening ni. tadi baru jer check kad appointment dani. tiba2 minggu ni ada lagi follow up OCC Therapy. baru jer last week aku bawak dia pegi follow up..nampak gaya nya cuti la lagi..tapi yang buat aku pening ni, tadi aku call hosp utk double confirm, doctor tu cakap minggu ni kena bawak dani pegi Orthopedic, lagi 2 minggu follow up OCC Therapy pulak. aku bukan apa..obvious sangat bulan ni aku tiap2 minggu cuti. last week bawak dani OCC Therapy plus cuti raya cina, minggu ni follow up Orthopedic, minggu depan cuti maulidur rasul, minggu lagi satu follow up OCC Therapy lagi..wadushh~~

tapi jangan salah paham tau, aku x pernah berkira pasal cuti pun bila berkaitan hal anak aku.lagi pun cuti aku berbayar, kasi perabih la annual leave. tapi sure la macam x best kan, bila tiba2 bos ko duk wondering apsal la budak ni asyik cuti jer. nak harap laki ku pegi sorang? erk!susah kot..takut dia x terhandle "kebaikan" dani..hoho

ok ok..berbalik kepada tajuk, saja la nak share satu benda since aku pun xda apa benda nak share kan~~



ok, ini adalah telur.tau?

apa ni cite pasal telur kan? macam ni, sebelum ni aku sangat confuse.berkenaan dari segi hukum basuh telur dan juga nutrien yang terkandung dalam telur. apa yang aku belajar dari seminar2 yang aku attend, mengikut hukum, kita wajib basuh telur tu, kalau x basuh, akan jadi haram. manakala secara saintifik nya, kita hanya perlu basuh telur tu kalo kita nak masak. which mean, bila ko nak masak, nak guna sebiji telur, baru la ko capai sebijik dalam fridge, then baru basuh. ini semua bagi memelihara nutrien yang terdapat dalam telur.

so sekarang macamana? beli je telur 1 pek kat tesco, sampai rumah, terus kena basuh sebelum masuk dalam fridge ke, or, masuk je terus dalam fridge tanpa basuh, bila nak guna, baru kita basuh? haihh tiba2 jadi pening ni @~@

apa yang aku google;


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.



conclusion: aku sekarang tengah praktikkan, basuh bila nak guna jer, konon nya bagi memelihara nutrien dalam telur tu. apa kata kita sama2 share, dan kalo ada sape2 yg expert bahagian halal haram pun mari la share, mungkin apa yang saya praktikkan atau secara saintifik salah disisi hukum islam.


6 comments:

^nanie^ said...

klu nanie,slalu pas beli tu masuk peti ice dlu..then bile nk pkai br la bsuh..tp rasenye klu rajin bole la bsuh 2 kali kot..time nk masukkan tu ngn time nk gune..;-)

afni+hafiz=dani said...

^nanie^: tu la, afni pun praktikkan benda yg sama. tapi kalo mak afni nampak, memang kena marah la kalo x cuci dulu.

Shinnaz Ahmad Rasid said...

hi mama Dani ;)

thanks ur info. sangat berguna!! Macam I masuk je dlm fridge, nak guna baru basuh. Tak tahu lah logik nya apa. Tapi I bayangkan kena tahi ayam kan..lepas tu nak makan bagai. Ewww..Lagi satu I ada satu perangai basuh sayur dengan air garam. My MIL kata ada kuman/ulat kat daun-daun tu..bila basuh ngn air garama akan mati lah..takpe try je. haha. Nice blog!

afni+hafiz=dani said...

hai shinnaz =)

tengs! sama la kita, basuh bila nk guna. tapi kan kalo ikut syarak memang sebelum mkn kena basuh. tapi bila afni ada baca kalo ikut kaedah sains, kalo kita basuh bila nak guna, at least telur tu akan kekalkan nutrien dia.

ouh yeke? bagus jugak info yg awak share. selama ni afni basuh ala kadar je..hehe..lepas ni kena rajin la basuh dgn air garam. =)

Noraishikin Mohd Salleh said...

saya juga basuh bila nak guna *malas sbnrnya* hahahahhaha...tapi walau apa pun mesti kena basuh :)

afni+hafiz=dani said...

Noraishikin Mohd Salleh: haha..kan kin kan?? malas sebenar nye kita ni..smpai umah trus masuk brg je..beli sayur pun, dgn plastik2 masuk dlm fridge..hehe