HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

entry trigger finger seperti yg dijanjikan

hah lega hati ni bila dapat gak setel kan hutang entry trigger finger

semalam aku dengan dani ada appointment dgn OCC Therapy. kami pergi berdua je, B x dapat nak temankan. lately dia sibuk sikit, tapi kadang2 aku paksa gak. aku bole cuti, so B harus la bersama2 cuti. bukan mengada, tapi saja nak B alert dgn keadaan anak dan sama2 rasa tanggungjawab. tapi aku isteri baik wei, agak2 benda mudah ni, malas la nak heret B sekali.

kami berdua. maafkan sinar suria yg menerangi wajah aku..hoho

bila ada appointment dgn OCC Therapy ni memang aku x kesah sgt. Sebab sampai je hospital, terus tuju ke Jabatan Rehabilitasi. Kat dalam ni ada lagi 2 sub-unit. satu fisioterapi, satu lagi unit pemulihan cara kerja (OCC Therapy). dani under unit OCC Therapy, sebab jari dia melibatkan anggota cara kerja. gamba dalam OCC Therapy x bole la nak capture, malu la aku..haha.da la datang sorang, sibuk nk amik gamba. sebelum ni aku x share lagi secara close-up trigger finger dani. tapi semalam aku berjaya capture, tu pun kena bersilat dgn dani..

itu ibu jari dani akibat trigger finger

jab. rehabilitasi tempat dani undergo treatment


ok, overall mengikut kata doc semalam, aku kena rajin massage jari dani sampai tendon dia jd normal balik. tendon dia membengkak, tu yang jadi macam tu jari dia. doc pun ada cakap, aku xpayah risau sebabkan trigger finger ni akan jadi normal secara sendiri. memang aku lega la bila doc ckp macam tu. kesian dani semalam, pagi kena buat fisio, petang pulak bawak dia pegi cucuk..sampai tertido kawan tu~~


masa pegi cucuk, of cos B ikut. x sanggup aku nak hadap crowded kat KK. aku ikutkan memang serik dengan KK ni, aku x tau KK tempat lain, tapi tempat aku memang pening aku tengok. aku hadapkan jugak KK ni bila aku perna kena mara masa nak beranakkan dani. mana x nya, masa checkup preg, aku follow-up hosp penawar, bila nak bersalin, hospital kerajaan jugak ko cari..haha..jauh kot hosp penawar dari rumah aku, mau terberanak dalam keta kalo nak pegi sana. semalam aku ada borak dgn nurse ni, dalam rekod dani ada stated yg dani ni trigger finger. so dia ada tanya:

nurse: "iman dani ada sakit trigger finger? apa tu eh?"

aku: "aáh, ni ibu jari dia jd macam ni.."

nurse: "ouh saya kena rekodkan dalam buku kecacatan..tapi saya nak letak dalam kategori apa eh?"

aku: "ntah la nurse..saya xtau.." (pehal tanya aku plak..)

nurse: "tapi nak letak cacat pun macam x sesuai kot. sebab benda tu xde apa2 kan?"

aku: "memang bukan cacat pun, salah tendon bengkak..skarang tgh undergo treatment"

nurse: "tapi saya kena rekodkan jugak, nnt bos saya pelik dalam ramai2 baby, xde kes cacat"

aku: (senyap je..mujur mood tgh baik. nasib nurse x rekodkan. kalau x, mau aku meroyan dalam tu)

p/s: pada bos KK tu, bagus la kalo xde baby yg cacat. yang nak sgt carik baby cacat kenapa? masyaallah...

ouh btw, nak tunjuk korang "splint" dani utk mengubati trigger finger dia..



gamba before n after guna splint aku post kemudian. bukan senang nak amik gamba jari dia..ouh, semalam da berjaya ajar dani senyum pandang camera..hehe



da, terpanjang pulak aku type..hehe.. nasihat aku pada kaum ibu yg ada baby trigger finger, cepat2 bawak undergo treatment sebelum terlambat ok! jangan malas, in future yang menanggung nya anak kita..dan jangan sesekali kedekut duit untuk rawatan anak.. anak sihat, kita pun boleh tersenyum kemudian hari~~

11 comments:

mungeelily said...

baby saya br nk msk 7 bln..dia pon ada masalh trigger finger nih..tp dia x la slalu genggam jek ibu jari dia.ada ms dia buka juga...nurse ckp x serius..tp saya takut juga..

afni+hafiz=dani said...

mungeelily : hai awak =)

sebaya la dgn dani. baby makin membesa ni mmg da start makin aktif guna jari dia. xpe, awk asuh jer die genggam barang, so die byk guna jari die. dan slalu urut tendon die, kan ada bijik kat jari tu kan? urut je slalu.

ada undergo treatment x? dia ada bg splint? rajin2 pakai kan. lama2 sure ok! janji kita kena rajin k =)

ashra said...

salam perkenalan..
thanks atas doa sebelum ni =)

emm..saya baru tau pasal trigger finger ni. =) good advise

afni+hafiz=dani said...

ashra: hai awak =)

ramai yg x aware dgn trigger finger ni. bila afni share, baru ibu2 yg ada anak trigger finger muncul. bole sama2 share kan =)

`BaHa` said...

alahai sengalnye nurse itu.

afni+hafiz=dani said...

BaHa`: kan? mujur mood tgh baik. kalo x, mmg siap je kena laser..hehe

mun said...

eh saya tak tahu pon baby ader tigger finger nie....huhuhu....rupa2nya cmtue eik....
sarung tangan dani sama dengan sarung tangan mirza lah...

afni+hafiz=dani said...

mun: mun mmg ada.tp slalu nye baby kena dkat ibu jari die. sbb selalu genggam tgn kan.haha..sama la pulak.tu pun da kecik tu.trpaksa pakaikan sbb slalu die ketuk splint tu kat kepala die. tu yg kena pkai sarung tgn

yaya+frdz+auf said...

yaya baru tahu pasal tigger finger ni.xpernah dgr sebelum ni.

good info!

afni+hafiz=dani said...

yaya+frdz+auf: tu la, dulu jarang ada kes ni. skang ikut kata doc, da ramai baby kena trigger finger.

hajaris said...

Hye, thanks ttg info tringger finger ni. Anak saya pun ada juga kena benda alah ni. Dan doc suh urut saja dkt tendon. Emm, boleh tahu x mana nk dpt splint tu. Sbb puas mencari tapi x jumpa le.